Layan blues beb

Ahad, 15 September 2013

cara ikatan pancing

Kali ni aku nak kongsi ckit cara-cara ikatan pancing..memang penting ikatan pancing ni bukan apa..kalau main ikat hentam cromok je blm tentu ikan belah naik..lebih- lebih lagi ikan bersaiz mega..jadi kalau anda tak nak putih mata ikan kumpau..atau terlepas depan mata,jom kita sama-sama belajar cara betul teknik ikatan ni..gambar ni pun aku copy dari imej google..selamat belajar....









Khamis, 5 September 2013

Tuas yan kedah


Permasalahan karenah tekong di Sg.Dulang kecil sudah ada dibincangkan..
sila klik link dibawah :
http://www.pancing.net/index.php?topic=14567.0 (http://www.pancing.net/index.php?topic=14567.0)
http://www.pancing.net/index.php?topic=14397.0 (http://www.pancing.net/index.php?topic=14397.0)

Utk pengetahuan semua.. di perairan Yan nih banyak tuas dan semua tuas-tuas ini berlainan tuannya.. itu sbb jika ingin berkunjung ke tuas, pastikan anda tahu tuas mana yg akan dikunjungi kerana setiap tekong hanya membawa anda ke tuas kepunyaannya sahaja.


Rutin Bot/Tekong di Sg.Dulang Kecil:

Bot akan bertolak pagi/subuh dan akan melepak di luar kawasan kuala menunggu matahari terbit.. alasannya: apabila hari cerah baru boleh bertolak menuju ke tuas kerana kebanyakkan tekong disini tidak mempunyai GPS utk dijadikan panduan. Hari gelap tekong tidak berani menuju ke tuas kerana tiada panduan serta keselamatan juga amat memerbahaya kerana di perairan Yan, banyak kapal-kapal pukat tunda yg berlegar-legar disekitar kawasan perairan Yan. Tatkala hari cerah, tekong dapat melihat tanda-tanda seperti mendung, ribut dan hujan.. sedia maklum kpd semua, tekong di Sg.Dulang kecil tidak berani utk meredah jika ada tanda-tanda seperti yg disebutkan td kerana tahap keselamatan bot amat dikhuatiri dan mungkin akan memudaratkan pemancing.

Sampai di Tuas, tekong akan parking disini sehingga habis acara pancingan. Walaupun trip dijanjikan keluar pagi balik petang, kebanyakkan tekong suka mencari alasan utk balik pukul 1 atau 2 petang (sepatutnya pukul 5@6 petang).. selalunya jika nampak cuaca mendung sikit, mulalah kelam-kabut start enjin nak balik. Tekong tak kisah pemancing dapat ikan atau tidak kerana kebanyakkan tekong disini hanya makan gaji yg dibayar oleh tuan bot aka tuan Tuas. Antara alasan lain balik awal adalah air surut awal dan kena masuk kuala sebelum air surut.. jadi pastikan anda memilih trip ketika air pasang belah petang agar dapat masa pancingan yg lama, walaupun anda terpaksa sampai jeti pukul 3 pagi utk naik bot dan melepak di luar kuala menunggu hari cerah. Tidak kira masa pancingan anda sekejap atau lama, dekat atau jauh, harga tetap sama.


Tidak semua tekong tak bagus sebenarnya, cuma kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi pastikan anda memilih tekong yg bagus serta rajin dan destinasi tuas yg ingin anda kunjungi.


Rancang Dgn Betul:

Jika anda ingin menjerat tenggiri, cuba dapatkan informasi dari kaki-kaki tuas utk mempastikan tenggiri dah masuk tuas atau belum.  Begitu juga berkenaan dgn lokasi/tuas mana yg ada tenggiri kerana kawasan perairan Yan memang luas, banyak tuas dan berlainan tuan. Tuas-tuas ini ada banyak bahagian seperti tuas darat, tuas tengah, tuas balak, tuas dulang dan tuas sg. Udang.

Kesesuaian Teknik:

Untuk makluman semua, kesesuaian teknik yg betul amat penting dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu trip kerana tenggiri di tuas Yan begitu cerewet. Banyak teknik yg perlu dipratikkan utk menjerat tenggiri seperti casting temenung kojol, drift, jigging, trolling, casting bulu dan gewang. Pastikan anda mencuba semua teknik yg disebutkan utk menjerat tenggiri kerana citarasa tenggiri kadangkala tidak sama. Contohnya: casting temenung kojol sahaja ada pelbagai versi dari segi teknik dan tempo.. untuk mempelajarinya carilah kaki-kaki tuas sejati atau rajin-rajinlah berkunjung ke tuas. Bukan bermakna sekali anda gagal terus tak mahu mencuba.. anggaplah ini semua sebagai satu cabaran bagi diri anda. Setakat anda hanya guna teknik casting temenung kojol sahaja utk menjerat tenggiri, lepas tu bising tak dapat tenggiri.. rasanya tidak adil dan ternyata menonjolkan kebodohan diri sendiri.

Kawasan tuas bukan sahaja dipenghuni oleh spesis tenggiri sahaja. Banyak lagi ikan ‘game fish’ yg anda boleh layan seperti talang, alu-alu, belitong (golok), aruan tasik, GT dan layaran. Antara spesis ikan lain seperti kerapu, jenahak, telinga gajah, cencaru, kerisi, tenggerong dan sebagainya dgn teknik bottom, melewang ataupun apollo. Anda Cuma perlu peka serta bijak mengadaptasi setiap teknik yg sesuai dgn keadaan air serta tempat. Ramai yg bising bila balik tuas, hasil kurang dan kumpau tenggiri tetapi dapat tahu ada geng lain yg pergi pada hari yg sama dapat hasil tenggiri yg banyak.. adakah anda tahu bagaimana mereka mendapatkannya? Atau adakah anda tahu berapa lama mereka-mereka ini bergelumang dgn tuas? Adakah anda tahu atau pratikkan semua teknik yg disebutkan tadi?


Tamadun dunia pancing hari ini yg begitu maju sehingga menjadi satu sukan mahupun industri. Banyak ilmu-ilmu yg perlu dipelajari dan perlukan praktikal yg secukupnya. Jadilah seorg pemancing yg berjiwa kental dgn cabaran, berilmu dan berfikiran positif. Jgn menunding jari bila kumpau, carilah kesilapan itu dalam diri sendiri. Cuma bab tekong tu, kalau dah teruk sgt eloklah diwar-warkan agar tidak ada pemancing lain yg terkena dan sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kpd mereka ini. Selebihnya kita usaha serta mengambil semua ini sebagai satu cabaran.


Sekadar berkongsi pandangan dari pengalaman kawan yg masih mentah..  ;)


PEACE !!


P/s: “dalam kolam yg dah tentu ada ikan pun, kalau hari tu kumpau.. kumpau jugak beb..”

Ahad, 1 September 2013

Tragik di jambatan penang..

31 ogos_Dengan semangat yang berkobar-kobar aku dan rakan-rakan pancing telah bertolak dari taipng menuju ke jambatan penang di sana zul seorg lagi rakan dari s.petani telah menunggu kami di jeti batu uban.dari atikel,youtube dan cerita dari rakan-rakan yang pernah memancing di sini banyak ikan bersize A seperti talang,merah,kerapu dan jenahak yang berjaya di naikkan di sini,dengan berbekalkan harapan yang tinggi akhirnya kami telah sampai ke jambatan penang..tiang di tengah-tengah laut menjadi pilihan kami namun apakan daya kesemua tiang telah penuh di isi oleh pemancing hanya tinggal tiang yang hampir dengan tebing..akhirnya tiang 85 sahaja yang tinggal untuk kami                                                        
Ikan tamban dan bilis dikatakan umpan terbaik di sini.aku dan zul cuba mencari ikan tersebut dengan teknik appolo.sayangnya seekor pun tak sudi melayan appolo kami.nasib kami telah membawa udang hidup sebagai alternatif untuk umpan hidup.hampir dua jam tiada sentapan berlaku disebab arus yg tidak bergerak di kawasan tebing..aku mencadangkan supaya kami berpindah ke tiang tengah bila ada pemancing yang pulang.kami bernasib baik tiang 14 di tengah jambatan,pemancil telah pulang awal jadi kami telah berpindah menuju tiang tersebut....       
"ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya ribut dimalam hari"ini lah tragik kami di jambatan penang.malam itu kami telah dilanda hujan dan angin yang kuat bumbung jambatan terlalu tinggi tidak dapat melindungi kami dari hujan yang lebat.malam tu siapa pun tak memancing,takut jugak aku kalau tergelincir dalam laut.kesian aku melihat rakan-rakan yang tak bawak baju hujan..bayangkan dengan basah kuyup serta tiupan angin yang kencang,fuuhhhhhh memang tak tahan..apapun ianyanya satu pengalaman dan  pengajaran buat kami kaki pancing..kepada sesiapa yang nk ke jambatan penang tu bawak lah peralatan secukupnya.baju hujan ,baju sejuk,lampu suluh memang penting kalau nak ke sana..apapun alhamdullilah walau cuaca tak mengizinkan,arus yang tak berapa jalan,serta angin kencang  dapat jugak ikan kerapu jenahak,talang serta beberapa spesis lain yang berjaya di daratkan..
aku dan otai pancing
hak milik kekal meor with abu garcia

Tq pkj 2323 kerana membawa kami pergi dan balik dengan selamat (owner zaidi)


ni la teknik nak panjangkan jangka hayat umpan hidup


wonderful world


chef yang masak utk kami sepanjang trip ni (meor)

zul yang tengah diner with maggi kari
maggi lagi...cik zaidi mana kasut



anak anak ikan aku apolo tak mau makan plak..

penang dari bawah jambatan



ni dia otai umur dah 70 plus masi strong memancing

meor n kerapu..
cik zaidi dengan banangnya..kira besar gak tu

aku tengah layan blues
                                                                                         

Khamis, 29 Ogos 2013

midnight blues gary moore

midnight blues

It's the darkest hour 
of the darkest night. 
It's a million miles 
from the morning light. 


Can't get no sleep. 
Don't know what to do. 
I've got those midnight blues. 


When the shadows fall, 
I feel the night closing in. 
There must be some reason 
for this mood I'm getting in. 


Can't get no sleep. 
Don't know what to do. 
I've got those midnight blues. 


Every evening after sundown, 
as the light begins to fade. 
I feel so low, but I just don't know 
why these blues won't go away. 


Every evening after sundown, 
as the light begins to fade. 
I feel so low, but I just don't know 
why these blues won't go away. 


It's the darkest hour 
of the darkest night. 
It's a million miles 
to the morning light. 


Can't get no sleep. 
Don't know what to do. 
I've got those midnight blues. 
I've got those midnight blues. 
I've got those midnight blues. 
I've got those midnight blues.

Selasa, 27 Ogos 2013

Trip pulau pangkor


                                                                                                                                                 Trip kali ini hanyalah sekadar beriadah sahaja,sambil menikmati keindahan pulau pangkor.aku bersama dengan meor,en.mat nor serta seorang lagi rakan telah turun awal dari jeti kg setiawan dengan harapan dapat banyak ikan di lubuk-lubuk sekitar teluk dalam..Alhamdulilah ada jugak hasil yang kami dapat kerapu,baby talang,gerut-gerut serta ikan pelata hasil appolo di lubuk rahsia kami...asalnya aku dan rakan-rakan telah memilih untuk pergi ke pulau sembilan namun ada beberapa faktor yang menghalang kami untuk ke sana.apa pun pancing tetap pancing jadi pangkor menjadi tempat untuk kami melabuh umpan....
salah satu lubuk kerapu
sifu meor bawak laju betul


kerapu dan talang

pehhh..

rezeki....

sempat goreng ikan pelata atas bot

en mat nor 

paksu aku

ikan pelata hasil appolo

kerapu................     ..                                  
                              meor dah mcm spiderman