sila klik link dibawah :
http://www.pancing.net/index.php?topic=14567.0 (http://www.pancing.net/index.php?topic=14567.0)
http://www.pancing.net/index.php?topic=14397.0 (http://www.pancing.net/index.php?topic=14397.0)
Utk pengetahuan semua.. di perairan Yan nih banyak tuas dan semua tuas-tuas ini berlainan tuannya.. itu sbb jika ingin berkunjung ke tuas, pastikan anda tahu tuas mana yg akan dikunjungi kerana setiap tekong hanya membawa anda ke tuas kepunyaannya sahaja.
Rutin Bot/Tekong di Sg.Dulang Kecil:
Bot akan bertolak pagi/subuh dan akan melepak di luar kawasan kuala menunggu matahari terbit.. alasannya: apabila hari cerah baru boleh bertolak menuju ke tuas kerana kebanyakkan tekong disini tidak mempunyai GPS utk dijadikan panduan. Hari gelap tekong tidak berani menuju ke tuas kerana tiada panduan serta keselamatan juga amat memerbahaya kerana di perairan Yan, banyak kapal-kapal pukat tunda yg berlegar-legar disekitar kawasan perairan Yan. Tatkala hari cerah, tekong dapat melihat tanda-tanda seperti mendung, ribut dan hujan.. sedia maklum kpd semua, tekong di Sg.Dulang kecil tidak berani utk meredah jika ada tanda-tanda seperti yg disebutkan td kerana tahap keselamatan bot amat dikhuatiri dan mungkin akan memudaratkan pemancing.
Sampai di Tuas, tekong akan parking disini sehingga habis acara pancingan. Walaupun trip dijanjikan keluar pagi balik petang, kebanyakkan tekong suka mencari alasan utk balik pukul 1 atau 2 petang (sepatutnya pukul 5@6 petang).. selalunya jika nampak cuaca mendung sikit, mulalah kelam-kabut start enjin nak balik. Tekong tak kisah pemancing dapat ikan atau tidak kerana kebanyakkan tekong disini hanya makan gaji yg dibayar oleh tuan bot aka tuan Tuas. Antara alasan lain balik awal adalah air surut awal dan kena masuk kuala sebelum air surut.. jadi pastikan anda memilih trip ketika air pasang belah petang agar dapat masa pancingan yg lama, walaupun anda terpaksa sampai jeti pukul 3 pagi utk naik bot dan melepak di luar kuala menunggu hari cerah. Tidak kira masa pancingan anda sekejap atau lama, dekat atau jauh, harga tetap sama.
Tidak semua tekong tak bagus sebenarnya, cuma kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi pastikan anda memilih tekong yg bagus serta rajin dan destinasi tuas yg ingin anda kunjungi.
Rancang Dgn Betul:
Jika anda ingin menjerat tenggiri, cuba dapatkan informasi dari kaki-kaki tuas utk mempastikan tenggiri dah masuk tuas atau belum. Begitu juga berkenaan dgn lokasi/tuas mana yg ada tenggiri kerana kawasan perairan Yan memang luas, banyak tuas dan berlainan tuan. Tuas-tuas ini ada banyak bahagian seperti tuas darat, tuas tengah, tuas balak, tuas dulang dan tuas sg. Udang.
Kesesuaian Teknik:
Untuk makluman semua, kesesuaian teknik yg betul amat penting dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu trip kerana tenggiri di tuas Yan begitu cerewet. Banyak teknik yg perlu dipratikkan utk menjerat tenggiri seperti casting temenung kojol, drift, jigging, trolling, casting bulu dan gewang. Pastikan anda mencuba semua teknik yg disebutkan utk menjerat tenggiri kerana citarasa tenggiri kadangkala tidak sama. Contohnya: casting temenung kojol sahaja ada pelbagai versi dari segi teknik dan tempo.. untuk mempelajarinya carilah kaki-kaki tuas sejati atau rajin-rajinlah berkunjung ke tuas. Bukan bermakna sekali anda gagal terus tak mahu mencuba.. anggaplah ini semua sebagai satu cabaran bagi diri anda. Setakat anda hanya guna teknik casting temenung kojol sahaja utk menjerat tenggiri, lepas tu bising tak dapat tenggiri.. rasanya tidak adil dan ternyata menonjolkan kebodohan diri sendiri.
Kawasan tuas bukan sahaja dipenghuni oleh spesis tenggiri sahaja. Banyak lagi ikan ‘game fish’ yg anda boleh layan seperti talang, alu-alu, belitong (golok), aruan tasik, GT dan layaran. Antara spesis ikan lain seperti kerapu, jenahak, telinga gajah, cencaru, kerisi, tenggerong dan sebagainya dgn teknik bottom, melewang ataupun apollo. Anda Cuma perlu peka serta bijak mengadaptasi setiap teknik yg sesuai dgn keadaan air serta tempat. Ramai yg bising bila balik tuas, hasil kurang dan kumpau tenggiri tetapi dapat tahu ada geng lain yg pergi pada hari yg sama dapat hasil tenggiri yg banyak.. adakah anda tahu bagaimana mereka mendapatkannya? Atau adakah anda tahu berapa lama mereka-mereka ini bergelumang dgn tuas? Adakah anda tahu atau pratikkan semua teknik yg disebutkan tadi?
Tamadun dunia pancing hari ini yg begitu maju sehingga menjadi satu sukan mahupun industri. Banyak ilmu-ilmu yg perlu dipelajari dan perlukan praktikal yg secukupnya. Jadilah seorg pemancing yg berjiwa kental dgn cabaran, berilmu dan berfikiran positif. Jgn menunding jari bila kumpau, carilah kesilapan itu dalam diri sendiri. Cuma bab tekong tu, kalau dah teruk sgt eloklah diwar-warkan agar tidak ada pemancing lain yg terkena dan sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kpd mereka ini. Selebihnya kita usaha serta mengambil semua ini sebagai satu cabaran.
Sekadar berkongsi pandangan dari pengalaman kawan yg masih mentah.. ;)
PEACE !!
P/s: “dalam kolam yg dah tentu ada ikan pun, kalau hari tu kumpau.. kumpau jugak beb..”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan